Connect with us

Infozon

Tolak Tepi Isu Agama, Hong Kong & Indonesia Pula Berhimpun Bela Uyghur

Selepas rakyat Istanbul tampil berhimpun untuk membantah tindakan kerajaan Komunis China dalam menindas Etnik Uyghur, kini giliran Indonesia dan Hong Kong pula memulakan langkah sama.

Berhimpun dijalanan demi saudara seagama

Menggunakan hashtag #SaveUyghurWithkhalifah di laman sosial, kelihatan penduduk di negara Indonesia berhimpun sambil memegang sepanduk melaungkan penentangan terhadap keganasan yang berlaku di Xinjiang, China.

Situasi tersebut berjaya diperoleh sejak beberapa hari yang lalu sejurus isu ini tular di media sosial setelah pemain bola sepak antarabangsa, Mesut Ozil menyatakan sokongan terhadap Uyghur.

https://twitter.com/ik4mawar3/status/1208159333688594432

Hong Kong juga tunjuk perasaan pro Uyghur

Selain itu, di Hong Kong juga gamat dengan laungan membantah penindasan Etnik Uyghur ini apabila penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong berhimpun untuk menyokong etnik minoriti tersebut.

Hal ini sengaja dilakukan bagi menyemarakkan kemarahan Beijing kerana pro Hong Kong ini telah menyamakan keadaan mereka dengan situasi yang terjadi di Xinjiang.

Laungan dan bendera pro Uyghur sering dilihat dalam perarakan di Hong Kong kerana mereka juga merasakan bahawa China mempunyai matlamat yang sama terhadap Hong Kong dengan membawa ideologi Komunis kepada mereka.

Tindakan kedua-dua negara tersebut boleh disifatkan berani kerana sebelum ini penindasan yang terjadi kepada Etnik Uyghur kurang mendapat perhatian berikutan tidak didedahkan kepada dunia.

Etnik yang beragama Islam ini semakin menderita di tanah sendiri ekoran daripada kekejaman komunis China terhadap mereka. Jadi, bantahan demi bantahan sedikit sebanyak mampu memberi tamparan kepada mereka kerana dunia mulai bersuara diatas kekejaman yang berlaku.

Sumber Twitter, Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending