Connect with us

WTF

Tolak Ajakan Lelaki Untuk Berkahwin, Bakal Peguam Ditembak Mati Di Pakistan

Gara-gara menolak permintaan lelaki untuk menjadikannya sebagai isteri, seorang wanita telah dibunuh dengan kejam di Pakistan.

Memetik laporan The Sun, graduan undang-undang dari Universiti Middlesex United Kingdom (UK) bernama Mayra Zulfiqar itu ditembak mati oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya.

Balik Pakistan menghadiri kenduri kahwin

Mayra yang menetap di UK pulang ke negara Pakistan 2 bulan lalu untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Difahamkan lagi, dia bakal bekerja di sebuah firma guaman, Duncan Blackett di UK.

Hasil laporan bedah siasat mendedahkan bahawa wanita berusia 26 tahun itu ditembak dan terdapat kesan parut pada mayatnya.

2 lelaki ugut dan paksa berkahwin

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh bapa saudaranya, 2 rakan mangsa didakwa cuba memaksanya berkahwin dengan mereka namun wanita itu menolak.

Advertisement

Bukan itu sahaja, anak saudaranya itu juga mengadu bahawa ada 2 lelaki bertindak mengugut dan mengasari mangsa.

Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim berkata, terdapat kesan tembakan pada bahu wanita itu.

Bagaimanapun, punca kematian hanya akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai.

Katanya, dua lelaki disoal siasat kerana dipercayai membantu pembunuhan itu namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Sumber: Harian Metro, The Sun (Tahir Ibn Manzoor)

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending