Infozon
Tips Untuk Anak-Anak Supaya Tak Menyesal Bila Mak Ayah Dah Tak Ada
1. Jangan berikan jarak sebagai alasan
Tidak kisah samada duduk dekat ataupun jauh dari ibubapa, luangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Hubungi mereka dengan kerap. Sekiranya anda terlalu sibuk, cukuplah sekadar menghantarkan mesej menerusi applikasi Whatsapp untuk bertanyakan khabar.
2. Jangan terlalu berkira dengan mereka
Tidak salah untuk kita memanjakan kedua-dua orang kita dengan kemewahan sekali sekala. Belikan mereka barangan yang dikehendaki mereka mengikut kemampuan kita.
3. Jangan lokek untuk hulurkan duit belanja
Cuba hulurkan ibubapa anda duit belanja walaupun hanya RM10 sebulan. Rezeki yang berkat lebihnya dikongsi-kongsikan, kurangnya dicukup-cukupkan.
4. Peluklah
Peluklah, ciumlah pipi mak ayah kita sementara mereka masih ada. mereka sudah tidak suatu hari nanti, mesti kita akan rindu mahu peluk dan cium mereka.
5. Bahagiakan mereka
Bahagiakan mak ayah selalu. Buat depa tersenyum dan senang hati. In shaa Allah doa mereka untuk kita akan sentiasa mengiringi.
6. Abadikan kenangan
Selalulah wefie dengan mak ayah kita. Rakamkan setiap detik terindah supaya ada gambar kenangan kita dengan mereka sebanyak yang mungkin kerana bila mereka sudah tiada, gambar-gambar inilah yang akan menjadi sebuah kenangan yang telah diabadikan.
7. Ikhtiar
Mak atau ayah sakit? Inilah klimaks kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa. Ikhtiarlah untuk menyembuhkan penyakit mereka dengan apa cara sekalipun selagi ianya berlandaskan syariat Islam. Cari ubatan dan rawatan rawatan terbaik.
8. Meminta maaf dan memaafkan
Selalu mintak maaf dan memaafkan mak ayah kita walau apa sekalipun yang depa buat pada kita. Kita kena ingat, depa juga manusia biasa. Kerana jasa depa lah kita dpt tgk dunia dan jd manusia berjaya.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit