Connect with us

Infozon

Tips lajukan internet Unifi/Streamyx dalam masa kurang 30 saat

Hari ini aku nak kongsikan satu tips untuk menstabilkan dan mungkin melajukan capaian internet Unifi/Streamyx yang aku dapat dari seorang rakan di Facebook. Almaklumla, bulan puasa ini, internet pun kadang-kadang lemau jugak yer.

Bagi mereka yang buat bisnes online mesti cuba cara ni, maklumlah internet adalah nyawa kepada bisnes mereka. Raya sudah dekat. Jadi perlulah pulun.

Kaedah ni sangat sesuai untuk korang yang tinggal di flat/kondo/perumahan/ofis yang banyak WiFi network.

Okay, apa yang aku mahu kongsikan ini memang khas untuk pengguna Unifi/Streamyx sahaja, sebab apa? Sebab tips ini memerlukan anda pasang satu aplikasi Android yang dibuat khas oleh team R&D TM. Tapi sebenarnya boleh diaplikasikan pada mana-mana rangkaian yang menggunakan modem DSL dengan menggunakan kaedah lain, tapi konsep yang sama.

Okay, aku akan terangkan ikut penerangan terus pada kapsyen setiap gambar. Rujuk setiap gambar dan ikut langkah pada kapsyen gambar. Senang saja caranya, ambil masa 30 saat saja.

1. Korang kena download dan install aplikasi Android, “Wifi Optimiser Tool” di Google Play. Hanya search Wifi Optimiser Tool ataupon boleh search by developer Telekom Malaysia Berhad. Logo applikasi dia macam di dalam gambar ini.

Muat turun di sini:

2. Selepas install, korang bukalah aplikasi Wifi Optimiser Tool tu dan akan nampak seperti gambar di atas ini, simple jer UI dia. Maklumla baru di dalam peringkat BETA, jadi korang tidak perlulah rate 1 star pulak bukan?

3. Pastikan telefon pintar korang itu bersmbung dengan WiFi dari Unifi/Streamyx

4. Selepas buka, korang tap pada ikon “Wifi Scan” dan lepas itu “Start Scan“. Jadi, applikasi itu akan scanlah masalah dengan WiFi korang. Proses ini mengambil masa 30 saat untuk mengesan sambungan, kestabilan dan kekuatan signal WiFi korang.

5. Ok, bila sudah siap scan, applikasi itu akan paparkan analisa prestasi WiFi korang. Skala 5 bintang bererti sambungan internet korang berada pada tahap yang mantap dan bergetah. Sekiranya kurang daripada beberapa bintang, ianya akan mencadangkan korang untuk menukar channel WiFi.  Kalau ikutkan pada paparan gambar di bawah ini, prestasi WiFi aku berada di tahap yang teruk.

Kemudian aku tap pada butang “View Report“, dia akan beritahu cadangan mereka, di dalam kes aku ini, ianya mencadangkan aku untuk menukar channel. Terus tap pada butang “Switch Channel“.

6. Okay, kemudian ia minta aku untuk login ke dalam WiFi router. By default, username adalah “admin” dan tiada password (kosongkan ruangan password). Kemudian tekan butang “Sign In“.

7.  Selepas login, ianya akan secara automatik tukarkan channel untuk korang dan router korang akan automatik reboot. 

8. Kemudian setelah selesai, cuba tekan butang “Re-Scan” dan tengok berapa bintang signal WiFi korang sekarang. Aku punya WiFi atas ini dapat 4 bintang saja.

9, Selepas itu, korang boleh cuba main Youtube, tengok ada perbezaan atau tidak, Ini aku test guna Speedtest.net.

Jadi apa sebenarnya apps ini buat? Apps ini optimise signal WiFi korang dengan menukarkan channel WiFi tersebut. Setiap WiFi yang koran gunakan itu adalah seperti frekuensi radio, channel 1 – channel 12. Secara automatik, hampir 100% router WiFi TM akan menggunakan channel 11. Jadi bila ramai sangat yang menggunakan channel yang sama, akan berlakunya kesesakan.

Seperti yang aku beritahu tadi, applikasi ini masih lagi di peringkat Beta.

Okay, harap tips ini dapat membantu. Boleh kongsikan dengan orang lain juga. Sekiranya tidak, sekurang-kurangnya korang sudah menc

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending