Connect with us

WOW

Tindakan Spontan Cristiano Ronaldo Alih Tepi Botol Coke & Ganti Air Mineral Tular

Sejak semalam, tular di media sosial terutamanya di Twitter apabila bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo memindahkan dua botol minuman berkarbonat yang berada di hadapannya ketika sidang media Euro 2020.

Lebih ‘menyeramkan’ lagi, minuman tersebut merupakan penaja rasmi untuk saingan bolasepak berprestij berkenaan.

Suruh minum air kosong

Dalam potongan video yang diperoleh daripada Twitter, pemain pasukan Portugal itu mengalihkan dua botol air berkarbonat tersebut ke tepi kemudian mengambil sebotol air mineral dan mengangkatnya bagi menunjukkan kepada orang ramai.

Advertisement

Walaupun perkara tersebut dilakukan secara spontan dan pantas, ia sedikit sebanyak memberi ‘tamparan’ kepada jenama minuman terkenal dunia itu.

Umum sedia tahu bahawa pemain bolasepak berusia 36 tahun ini sememangnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dia juga menjaga diet harian bagi memastikan prestasi kecergasannya ditahap maksimum setiap kali berada di atas padang.

Tidak hairanlah jika Cristiano Ronaldo kekal menjadi pemain bolasepak terkemuka dunia dan masih lagi ‘digeruni’ oleh pemain-pemain lain tiap kali turun dalam kesebelasan utama dalam pasukan yang diwakilinya.

Sumber: Twitter @ArobaseGiovanny, Daily mail

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending