Connect with us

Inspirasi

Belajar Di Fakulti Kesihatan UKM, DG Hisham Kenang 48 Tahun Penubuhan Kampus

Sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia yang berlangsung saban hari sememangnya ditunggu-tunggu oleh kita semua.

Selain daripada info terkini, kredibiliti Datuk Dr Noor Hisham dalam menjawab setiap soalan yang diajukan turut berjaya menarik perhatian pendengar.

Umum sedia maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu merupakan graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah membuat ucapan tahniah diatas Jubli Emas UKM tempoh hari.

Ucapan dari Dr Noor Hisham

Pada hari ini pula, beliau sekali lagi membanggakan universiti terkemuka itu apabila mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 penubuhan Fakulti Sains Kesihatan UKM iaitu tempat beliau menuntut ilmu satu ketika dahulu.

Semoga terus lahirkan lebih ramai pakar perubatan

Ucapan tersebut disampaikan pada akhir sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memaklumkan bahawa terdapat ramai dalam kalangan tokoh perubatan negara yang menimba ilmu di fakulti bersejarah itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapk selamat ulang tahun ke-48 Fakulti Sains Kesihatan UKM. Ramai dari kita disini merupakan graduan daripada UKM.

“Semoga UKM terus melahirkan pakar perubatan dan doktor-doktor di sektor kesihatan serta perubatan.”

 

Sumber : KKM

 

Continue Reading
Advertisement

Trending