Connect with us

Cute

TikTok 4 Generasi, Ibu Awet Muda Disangka Adik-Beradik Kembar Dengan Anak

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu video TikTok yang memaparkan 4 generasi dalam satu video yang dibuat seorang gadis bersempena Aidiladha yang lalu.

Semua lawa2

Video TikTok milik Arfah Ain ini menunjukkan 4 generasi keluarganya melibatkan moyang, nenek, ibu dan dirinya sendiri. Apa yang menarik perhatian ada wajah ibunya yang awet muda dan kelihatan seperti adik-beradik dengannya.

Menyingkap di sebalik video tersebut, ibu kepada Arfah Ain Erzam ini memaklumkan menerusi Mstar bahawa dia merupakan ibu kandung kepada Arfah dan seorang lagi anak berusia 13 tahun.

Kahwin di usia 18 tahun

Mira Akfini Mohd Azlan, 35 memberitahu bahawa dia berkahwin pada usia 18 tahun dan anaknya telah memujuk dia dan ibu serta nenek untuk sama-sama merakamkan video TikTok ketika Aidiladha tempoh hari.

“Video TokTok dibuat atas pujukan anak. Saya layankan saha bersama nenek dan moyang dia.”

“Tapi sebelum rakaman tu, anak saya ada ajar step menari terlebih dahulu. Saya bukan kaki TikTok pun.”

Mak dia lawa!

Video yang dibuat oleh Arfah itu telah menerima pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka terkejut melihat anak-beranak ini yang seakan kembar dan langsung tindak seperti ibu dan anak.

Ada juga yang bersetuju, perkahwinan di usia muda boleh membuatkan kita terlihat awet muda kerana anak membesar ketika kita masih lagi di usia belia  dan akan kelihatan sebaya dengan anak-anak.

Muka macam kembar

Kelebihan kahwin muda

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement

Trending