Connect with us

Inspirasi

Tiga Tahun Derita Sakit, Kanak2 Menangis Gembira Disahkan Bebas Kanser

Dihantui penyakit yang sukar untuk diubati merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh setiap insan. Lebih-lebih lagi jika pesakit tersebut adalah seorang kanak-kanak.

Menangis habiskan rawatan

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang kanak-kanak yang telah disahkan menghidap kanser pada tiga tahun lepas telah menangis sebak apabila menjalani rawatan kimoterapi terakhirnya.

baru berusia sembilan tahun

Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menghidap kanser limfoma dan telah berjaya menghabiskan beberapa rawatan kimoterapi sehingga disahkan bebas dari kanser.

Dudk disamping puluhan ubat

Selain daripada itu, bapanya turut memuat naik gambar kanak-kanak tersebut duduk di atas meja sambil disebelahnya puluhan botol ubatan.

Kanak-kanak tersebut juga sempat memegang satu kadbod yang menyatakan bahawa dia sudahpun bebas daripada penyakit kronik itu setelah menamatkan sesi rawatan terakhirnya.

Sumber : Ashley Cotter

 

 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending