Connect with us

WTF

Tiga Lelaki Thailand Jalin Hubungan Cinta, Kahwini Satu Sama Lain Atas Restu Keluarga

Baru-baru ini, tular di laman sosial berkenaan tiga orang lelaki berasal dari Thailand telah melangsungkan perkahwinan antara satu sama lain setelah mendapat restu daripada pihak keluarga mereka.

Bagaimana mereka berkenalan?

James Chandmthong, seorang pakar diet di sebuah hospital swasta Chanthaburi mula menjalinkan hubungan dengan seorang penari berusia 22 tahun, iaitu Nong Amsapchan. Mereka berdua menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun.

Bagaimanapun memetik laporan Mothership, setelah sekian lama bercinta, pasangan terbabit mengenali seorang penari lain pula yang bernama Nong Toei Buutawat yang berusia 24 tahun.

Oleh kerana pasangan itu berasa selesa bersama Nong Toei, mereka berdua memutuskan untuk menjalinkan hubungan bersama orang ketiga berkenaan sebelum melangsungkan perkahwinan yang dihadiri ahli keluarga dan sanak-saudara.

Ibu kepada Nong Amsapchan menyokong hubungan anaknya sepenuh hati, malah dia tumpang gembira atas kebahagiaan anaknya dan berharap mereka akan sentiasa menjalani hidup bersama seperti keluarga lain.

Adakah perkahwinan ini kali pertama berlaku di Thailand?

Semestinya tidak! Sebenarnya, pada tahun 2015, Joke, 29, Bell, 21 dan Art, 26 tiga jejaka berasal dari Uthai Thani, Thailand menjadi pasangan pengantin tiga orang yang pertama di dunia!

Walaupun Thailand tidak pernah membenarkan perkahwinan tiga orang, namun perkahwinan mereka diadakan dalam satu majlis simbolik yang berpaksikan undang-undang agama Buddha.

Sumber: mothership.sg 

Continue Reading
Advertisement

Trending