Infozon
Tidak Mahu Bani Melayu Sentiasa Jahil, Doktor Pakar Ini Kongsi Cara Mahu Kesan Doktor Palsu Di Internet

Meskipun gelaran Doktor ataupun pegawai perubatan bukanlah sebuah gelaran yang boleh dibawa ke kubur, apatah lagi akan dinisab oleh malaikat, tetapi semakin hari, semakin ramai orang yang mengaku mereka diri mereka adalah seorang doktor perubatan.
Bagi membanteras perbuatan jenayah yang tidak bermoral ini, seorang doktor pakar telah berkongsi cara-cara untuk mengesan doktor palsu di internet dengan hanya melawat tiga laman web ini sahaja:
Panduan untuk mengetahui samada Doktor itu betul Doktor:
Saya mohon jangan percaya bulat-bulat info macam ini. Check sendiri.
1. Semak status doktor dengan Malaysian Medical Council.
Didalam era ramai yang suka menipu sebab duit ini, Saya mohon masyarakat periksa semua Doktor yang kata mereka itu Doktor betul-betul Doktor. Boleh check nama mereka di MMC betul-betul. Kalau hanya provisional, maknanya masih Houseman atau tak pernah habis Housemanship. Tengok tahun sijil pulak. Tiap-tiap tahun mesti diperbaharui. Kalau tak ada tahun terbaharu, saya rasa elok anda jangan percaya.
Link: Malaysian Medical Council
2. Semak status doktor pakar dengan National Specialist Registry.
Kalau yang kata Pakar atau berlagak sebagai Pakar, anda boleh lah check nama mereka di link National Specialist Registry. Untuk definasi Pakar Perunding, di dalam perkhidmatan Kerajaan, hanya yang berpangkat JUSA C ke atas sahaja. Mereka kebiasaannya adalah Pakar didalam bidang mereka, yang didaftarkan. Tak boleh suka-suka beri title bidang yang tidak diiktiraf.
Link : National Specialist Registry
Yang saya lihat ramai benar suka-suki letak Pakar atau Perunding terutama dalam MLM ?. Pada saya, walaupun saya seorang Pakar Perunding, tugas sangat berat & tanggungjawab sangat besar. Saya sendiri takkan sewenang-wenangnya letak title itu.
3. Semak doktor yang berasal daripada luar negara.
Jika seseorang Doktor luar negara nak praktis di Malaysia, perlu juga didaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Bukan suka-suka je boleh praktis dan rawat pesakit.
Serupa juga kalau kita nak praktis di luar negara, perlu daftar dengan Badan Perubatan di negara tersebut. Saya beri contoh nama saya sendiri, berdaftar di General Medical Council, UK.
Link: General Medical Council
Tak payah lah nak petik nama Doktor luar negara yang nyatanya ramai tak praktis lagi, entah betul Doktor Perubatan atau tidak. Suka diorang sebut “sudah dikaji lebih sekian tahun oleh si Polan bin si Polan”. Saya nasihatkan anda kalau terdengar info tersebut masuk telinga kanan, keluarkan je balik telinga kiri.
Akhir sekali, nasihat saya lah kan, kalau yang tiada langsung belajar Perubatan (contohnya engineer, lawyer, kerja bank dsb) anda tak payahlah dengar apa mereka kata tentang kesihatan. Rujukan jurnal mereka tidak akan betul dan ada potensi menyelewengkan informasi sebenar.
Saya dah beritahu; buat lah pilihan yang tepat.
Sumber : Dr. Rafidah Abdullah

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit