Connect with us

WTF

Tiada Simpati! Peminat Tangisi Kematian Artis Pujaan, Media Berlumba Rakam Video

Kematian seseorang yang kita minati dan sanjungi sudah tentu menjadi momen yang sangat sedih. Ada juga sehingga tidak mampu mengawal perasaan dan meraung apabila terkenangkan kedukaan itu.

Hal ini samalah seperti seorang peminat setia penyanyi popular Indonesia yang menangis apabila artis pujaannya meninggal dunia.

Penyanyi Indonesia meninggal

Petang tadi, media tempatan melaporkan bahawa penyanyi vateran mereka yang dikenali sebagai Didi Kempot meninggal dunia. Susulan daripada itu, seorang peminat setianya telah menangis sambil terduduk di kawasan umum.

Macam tengok hiburan

Apa yang dikesalkan adalah orang ramai berpusus-pusu menghampirinya dan merakam momen tersebut seperti satu hiburan dan bukannya menenangkan lelaki itu.

Masing2 keluar telefon & rakam

Perbuatan tersebut mendapat respon negatif pengguna media sosial apabila ramai yang bengang melihat situasi tersebut. Lelaki yang menangis itu langsung tidak diendahkan kerana masing-masing leka mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam.

Tindakan tersebut nyata tidak wajar kerana sepatutnya mereka menenangkan lelaki itu. Pastinya dia berasa sedih kerana penyanyi lama yang cukup dikenali di Indonesia itu merupakan artis terkenal dam mempunyai ramai peminat.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending