WTF
Tiada Sifat Ihsan, Bekas Makanan Kucing Jalanan Sengaja Dicurah Minyak Hitam

Sebagai seorang manusia yang berhati perut, sudah tentu kita mempunyai naluri untuk tidak menzalimi haiwan-haiwan yang berkeliaran disekeliling kita.
Sebagai contoh, kucing yang sememangnya tinggal di sekitar manusia adalah haiwan yang jinak dan mengharapkan belas ihsan manusia untuk mendapatkan sumber makanan.
Tiada perikemanusiaan
Namun, masih ada individu yang kejam dengan sengaja menganiya haiwan tersebut sesuka hati.
Menerusi perkongsian daripada seorang individu pencinta kucing, dia telah berasa kesal apabila bekas makanan kucing yang diletakkan di pinggir bangunan dicurah minyak hitam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Sudah dibersihkan
Pengguna Facebook yang juga seorang pekerja kebersihan dikenali sebagai Azhar Rawang Sejati sememangnya memberikan makanan kepada kucing-kucing terbiar itu.
Oleh yang demikian, dia telah pun membersihkan kesan minyak hitam tersebut bagi membolehkan kucing-kucing jalanan makan di kawasan itu semula.
Sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak senang dengan kucing jalanan ini sangatlah tidak baik kerana haiwan tersebut hanya menumpang makan sahaja disitu.
Tindakan yang tiada rasa kasihan ini seharusnya tidak ditunjukkan kepada umum kerana dapat mencerminkan peribadi insan tersebut yang sudah tentu berhati gelap.
Sumber: Azhar Rawang Sejati

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit