Connect with us

Inspirasi

Tiada Semangat Untuk Kerja! Dulu Pegawai Bank, Kini Pakar Buat Pelbagai Kek

Siapa sangka seorang pegawai bank yang pernah berkhidmat di Bank Negara selama 27 tahun, beralih arah menghasilkan kek perkahwinan.

Zulkiflee Mawan meninggalkan kerjayanya sebagai Pengurus di Jabatan Pengurusan Risiko selepas hilang motivasi untuk terus bekerja dan meneruskan perjuangan hidup dengan membuat kek.

Setelah lima tahun berkecimpung dalam bidang bakeri, beliau yang 56 tahun berjaya meraih jualan kek di antara RM40,000 dan RM60,000 sebulan.

Beliau tidak mempunyai semangat atau motivasi untuk terus bekerja selepas mengambil cuti selama empat tahun untuk menemani isteri saya belajar di United Kingdom.

Disebab perkara tersebut, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menjalankan perniagaan bakeri walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman membuat kek ketika itu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu mempelajari teknik penghasilan kek di beberapa buah negara termasuk daripada artis kek tersohor, Naomi Yamamoto.

Berkat kesungguhan mempelajari teknik kek perkahwinan, beliau berjaya membuka Kafe Banker2Baker di Wangsa Maju, Kuala Lumpur walaupun pada awalnya sukar untuk menjana pendapatan.

Zulkiflee juga pernah menerima tempahan untuk majlis berprestij daripada ahli politik terkemuka tanah air termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ulang tahun kelahiran beliau yang ke-92.

Terdahulu, anaknya Aiman Zulkiflee berkongsi kisah dan beberapa gambar hiasan kek bapanya di laman Twitter sehingga mendapat lebih 27,000 tanda suka serta diulang kicau hampir 14,000 kali.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending