Connect with us

Infozon

Tiada Selera Makan Mungkin Petanda Awal Kanser Usus

Kebanyakkan masalah tiada selera makan memang dianggap biasa pada sesetengah orang. Tak kurang juga yang menyatakan itu boleh dijadikan sebagai alasan untuk berdiet! Betul ke? Memang kenyataan itu adalah salah sama sekali. Diet bukan erti kita perlu berlapar, tapi diet adalah kita mengawal makanan yang dimakan, dengan cara yang betul. Jangan ambil mudah dengan masalah tiada selera makan, sebab itu tanda perut anda banyak angin dan petanda anda mempunyai gastrik adalah sangat tinggi!

Bagaimana gastrik boleh berlaku?

Dr. Mohd. Faisal dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur berkata:

“Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan PH1 hingga PH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik”

“Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.”

“Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah”
Ini adalah petikan saya ambil dari Utusan Malaysia. Berdasarkan penerangan yang dijelaskan, kita memang sepatutnya menjaga jadual makan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah gastrik berlaku.

Tanda-tanda anda mengalami gastrik

  • Tanda-tanda penyakit gastrik:
  • Mengalami sakit kepala dibahagian kanan kepala terutama ketika perut kosong atau terlewat makan
  • Sakit kepala dan ikuti dengan rasa loya dan mual. Dituruti sebu perut dan kurang rasa selera makan. Kadangkala masalah ini di rasai tanpa sakit kepala pun
  • Muntah
  • Muntah berdarah dan kadang kadang berwarna kuning
  • Demam sekiranya skip waktu makan
  • Sakit perut yang amat sangat
  • Keluar angin dari mulut seperti sedawa

Rawatan untuk gastrik

  • Ikut waktu makan dengan sempurna
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan perut dalam terlalu lapar
  • Elakkan makan cuka, makanan yang terlalu pedas
  • Elakkan minuman bergas, kafien
  • Elakkan junk food!
  • Elakkan minum air sepanjang makan. Minum air selepas makan

Selain daripada itu, tiada selera makan mungkin merupakan petanda awal serangan kanser usus. Berikut merupakan gejala kanser usus?

Antara gejala barah usus adalah :

  • Berak berdarah – darah bercampur dengan najis, kadangkala najis bewarna hitam seperti kopi. Ini merupakan antara tanda-tanda awal barah usus.
  • Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit. Tabiat membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan. Jika kekerapan membuang air besar menjadi terlalu lama, contohnya daripada tabiat hari- hari ke tandas menjadi berkurangan kepada setiap tiga atau empat hari sekali.
  • Cirit-birit – ini merupakan tanda-tanda barah usus di sebelah kiri.
  • Sembelit diselangi dengan cirit – barah usus yang hampir tersumbat akan menyebabkan najis keras tidak dapat melalui usus besar. Pesakit akan mengalami gejala sembelit pada ketika itu.
  • Najis yang tersumbat ini mempunyai banyak bakteria dan akan ‘membusuk’ di dalam usus, menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus. Ini menyebabkan najis menjadi lembik dan berair.
  • Pada ketika ini, pesakit akan mengalami gejala cirit. Cirit yang dialami adalah lebih daripada lima kali sehinggakan sesetengah pesakit mengadu tidak dapat mengawal simptom cirit ini.
  • Kitaran sembelit dan cirit akan berulang.
  • Tidak berak dan kentut serta muntah. Gejala ini akan berlaku apabila usus sudah tersumbat seratus peratus.
  • Hilang selera makan dan turun berat badan. Pesakit akan menjadi kurus serta hilang selera makan dalam jangka waktu yang singkat.
  • Sakit ‘perut’ – gejala yang sangat diambil mudah. Sakit pada bahagian abdomen bergantung kepada kedudukan barah usus.
  • Tabiat ke tandas, tetapi tiada najis – Pesakit merasakan seperti mahu membuang air besar, tetapi apabila ke tandas, tiada najis yang keluar. Ini adalah disebabkan oleh kanser yang terletak pada bahagian rektum. Apabila ketumbuhan sudah memenuhi rektum, ianya memberikan mesej yang salah kepada badan seolah-olah rektum sudah dipenuhi najis. Sedangkan tiada najis di dalam rektum, yang memenuhinya adalah sel-sel kanser sahaja.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending