Connect with us

Inspirasi

Tiada Sebelah Tangan, Pemuda OKU Gigih Kerja Di Bengkel Motor Demi Cari Rezeki

Secara umumnya, seseorang yang memiliki ketidaksempurnaan fizikal akan mengalami kesukaran dalam mencari rezeki dek kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Biarpun begitu ada di antara mereka yang tetap gigih berjuang mencari rezeki. Begitulah seperti kisah seorang pemuda OKU yang bekerja sebagai mekanik kereta berasal dari Aceh Utara ini.

Gigih kerja tak pernah mengeluh biarpun hanya sebelah tangan

Biarpun hanya memiliki satu tangan, dia tetap bersemangat mencari nafkah buat diri dan keluarga tercinta.

Sering dilihat memakai baju dan seluar yang kotor, dia sama sekali tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menggunakan kedua kaki untuk memudahkannya bekerja.

Kisah pemuda OKU berkenaan telah dikongsi oleh akaun Instagram @makassar_iinfo dan sehingga kini menjadi viral di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar dirinya dikurniakan rezeki dan sihat selalu.

Semoga sihat selalu ya

Semangat luar biasa

Lihatlah ke bawah untuk selalu bersyukur

Semoga dilancarkan rezeki

Sumber: Instagram @makassar_iinfo

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending