Infozon
Tiada Rawatan Gout Seperti Ini Dalam Kamus Perubatan

Penyakit gout merupakan satu bentuk artristis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.
Penyakit ini akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian sendi yang ‘diserang’ dan dalam kebanyakkan kes, hanya menjejskan satu sendi pada bahagian ibu jari kaki.
Seperti lain-lain penyakit di Malaysia, ramai penghidap gout ini mahu mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit mereka itu. Namun, berbeza dengan masyarakat di Barat yang lebih mempercayai rawatan klinikal, bani Melayu lebih taksub dengan cara rawatan alternatif kerana jauh lebih ‘berkesan’ dan murah.
Baru-baru ini jadi viral di media sosial sebuah video rawatan gout dengan hanya membuang darah melalui sebatang jarum yang diperbuat daripada buluh yang dicucuk pada bahagian tepi ibu jari kaki.
Bimbang dengan respons positif yang diberikan oleh bani Melayu, Dr. Beni Rusaini telah terpanggil untuk memperjelaskan perkara sebenar kerana risau sekiranya anak bangsanya itu melalukan perkara yang bakal mendatangkan bahaya kepada diri mereka sendiri.
Menurut beliau, rawatan menggeluarkan darah yang kononnya mengandungi toksin itu sebenarnya langsung tidak membantu sama sekali untuk merawat penyakit gout.
https://www.instagram.com/p/BlzZG4Eg5D4/?taken-by=drbenirusani
Rawatan ini bukan suka suki…
Selain beliau, seorang doktor pakar lain pun telah turut sama mendidik orang ramai mengenai rawatan gout yang viral itu.
Menurut Dr. Rafidah, perbuatan mengeluarkan darah pada bahagian ibu jari kaki itu bukanlah merupakan rawatan sebenar untuk penyakit gout.
Tambah beliau lagi, sebarang prosedur yang melibatkan jarum dan pengeluaran darah hanyalah boleh dilakukan oleh pegawai yang bertauliah di mana-mana klinik kesihatan.
Dr. Rafidah turut memberitahu rawatan di dalam video itu berisko untuk jangkitan dan boleh membawa maut.
Tolong lah Malaysia.
Gunalah akal fikiran.
Ini BUKAN rawatan gout.
Prosedur yg ada jarum,keluar darah bagai hanya boleh dibuat di fasiliti kesihatan & oleh Pegawai yang dilatih, bertauliah.
Bukan suka suki oleh sesiapa & mana2.
Ada risiko jangkitan kuman yang boleh membawa MAUT. pic.twitter.com/hDcfVBYCwN— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) July 28, 2018
Sumber : Dr Beni Rusaini , Dr Rafidah Abdullah

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit