Connect with us

WOW

Tiada Muzik Joget Sakan, Brunei Buat Senaman Sambil Zikir & Selawat Nabi

Seharian berdepan dengan tugasan mahupun di rumah atau pejabat membuatkan ramai orang mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai yang mengamalkan hidup yang sihat dengan melakukan senaman untuk mengurangkan stress.

Baru-baru ini menerusi sebuah posting di Facebook seorang lelaki, Ismael Haris telah memuat naik sebuah vide mengenai negara Brunei Darussalam yang sedang melakukan senaman disulami zikir dan nama-nama Allah SWT.

Di Negara Brunei Darul Salam.Setiap kali program bersenam tidak dipisahkan dengan zikir bukan dengan muzik.

Posted by Ismael Haris on Monday, November 25, 2019

Menurut Ismael, setiap kali program senaman yang dianjurkan di negara kaya dengan minyak dan petroleum itu, mereka akan menggantikan alunan muzik dengan zikir yang memuji nama Allah SWT.

Menerusi video berdurasi seminit 37 saat itu, kelihatan para peserta dalam sebuah program melakukan beberapa jenis senaman seperti regangan badan sambil berselawat yang dikendalikan seorang jurulatih senaman.

Posting itu mendapat ratusan tanda suka dan rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif dan mendoakan kesejahteraan negara Islam yang mengamalkan konsep patuh syariah tersebut.

Negara yang patut dicontohi!

Alhamdulilah! Negara yang penuh dengan berkat

Senaman minda semoga kekal!

Memang bagus diamalkan konsep macam ni. Takde la ter’over’ terkinja-kinja bila dengar muzik rancak masa bersenam. Sihat pun sihat, hidup pun diberkati Allah SWT.

Sumber : Ismael Haris

Continue Reading
Advertisement

Trending