Connect with us

Inspirasi

Tiada Masa Berehat, ‘Frontline’ COVID-19 Negara Terlantar Kepenatan

Petugas kesihatan adalah antara pihak sangat gusar dan tidak menang tangan dengan keadaan yang melanda ketika ini. Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dilihat semakin meningkat dan agak membimbangkan.

Burnout ataupun dikenali sebagai keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangka masa yang amat panjang.

“Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan…”

Perkara ini dilihat sedang dialami oleh kebanyakan petugas kesihatan yang tidak menang tangan menguruskan mereka yang terkena jangkitan ataupun melaksanakan ujian saringan.

Sekeping gambar yang memberikan seribu rasa kepada insan yang melihatnya telah tersebar meluas di laman Twitter

Patuhi arahan! Kasihanilah mereka…

Sudah tentunya, situasi yang dialami oleh mereka ini meninggalkan kesan sayu dalam hati rakyat Malaysia. Ramai dilihat titipkan doa buat para petugas kesihatan ini untuk tetap kuat untuk mengendalikan masalah yang dihadapi ketika ini.

Semoga diberi ganjaran yang berlipat ganda!

Terima kasih warga KKM…

Terima kasih yang tak terhingga semua…

Semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan…

Disaat mereka semua sedang berjuang menyelamatkan nyawa manusia dan juga negara, sebagai insan malah rakyat yang prihatin, sewajarnya menolong mereka dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan sebaik mungkin.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending