Connect with us

Inspirasi

Tiada Langsung ‘Perbezaan’, Kanak2 Kongsi Permainan Di Jalan Buat Ramai Terharu

Anak-anak merupakan cerminan daripada ajaran ibu bapa. Jika baik yang diajarkan, makan baiklah tingkah-lakunya. Namun jika ia sebaliknya, maka yang buruklah dapat dilihat dari gerak-geri mereka membesar.

Dalam satu perkongsian daripada satu akaun Instagram dari Indonesia dikenali sebagai @sahabatsurga, dapat dilihat seorang kanak-kanak jalanan menghampiri sebuah kereta dan mengelap pintu kereta berkenaan.

Beri permainan kepada kanak2 jalanan

Tanpa disangka tingkap belakang kereta tersebut dibuka dan seorang kanak-kanak lelaki yang berada di dalamnya mulai menyapa kanak-kanak jalanan tersebut.

Apa yang membuatkan warganet tersenyum dan berasa sebak adalah tindakan kanak-kanak didalam kereta itu yang memberikan alat permainannya kepada kanak-kanak jalanan sebelum menunjukkan cara ia digunakan.

Saling berbagi, kongsi kebahagiaan

Dapat dilihat kanak-kanak jalanan berkenaan seakan malu untuk menerimanya namun akhirnya mengalah selepas kanak-kanak didalam kereta tersebut berkeras menghadiahkan kepadanya dan dia pun memberikan makanan ringan kepada ‘rakan barunya itu’.

Sebelum kereta bergerak pergi, mereka sempat melambai tangan antara satu sama lain dan situasi berkenaan sangat mengharukan.

Saling memberi dan menerima

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat ketulusan hati kanak-kanak di dalam kereta itu.

Mereka juga berharap agar keduanya membesar menjadi orang yang berguna dan kagum dengan didikan ibu bapa yang pastinya mengajar anak-anak supaya berbuat baik kepada semua orang.

Mereka sibuk berbagi kebahagiaan

 

Sedih lihat mereka berpisah

Bagus didikan orang tuanya

Sumber: Instagram @sahabatsurga

Continue Reading
Advertisement

Trending