Connect with us

Infozon

Tiada Lagi Episod Baru, Selepas 50 Tahun Animasi Doraemon Akan Berakhir Bulan Ini

Boleh dikatakan ramai dalam kalangan kita, sehinggalah ke generasi sekarang masih lagi kenal dengan animasi Doraemon yang memulakan debut pada tahun 1969.

Sehingga kini, sudah 50 tahun animasi popular daripada Jepun telah menghiburkan zaman kanak-kanak kita, daripada dulu hinggalah sekarang.

Penghibur sepanjang zaman

Siapa sangka kini komik karya mangaka Fujiko F. Fujio, waktu itu Fujimoto Hiroshi, telah menjadi antara animasi sepanjang zaman yang ditonton pelbagai lapisan masyarakat.

Bakal tamat?

Namun, baru-baru ini ada yang mengatakan bahawa animasi Daraemon bakal ditamatkan selepas 50 tahun bersiaran. Dikatakan, pihak Fujio-Pro telah mengumumkan bahawa animasi ini sudah sampai ke akhirnya.

Doraemon the movie 2020 yang bakal ditayangkan tahun ini akan menjadi film terakhir, termasuk siri TV yang akan berakhir di akhir bulan ini di Jepun.

Jika betul apa yang dimaklumkan itu, memang sedih rasanya. Kartun yang selama ini menceriakan dan membesar bersama-sama dengan kita akhirnya sudah sampai ke penghujungnya.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending