WOW
Tiada Lagi Budi Bicara, DBKL Sita Penjaja Warga Asing Degil Berniaga Di PBKL!

Tindakan pantas majlis DBKL untuk mengambil tindakan atas penjaja warga asing yang masih berdegil untuk membuka perniagaan mereka hari ini di Pasar Borong Kuala Lumpur sewajarnya diberikan pujian.
Tindakan tegas ini dilakukan sudah semestinya untuk membendung penyebaran dan memutuskan jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia. Seramai 14 anggota dan pegawai penguat kuasa DBKL telah tugaskan untuk melakukan pemeriksaan di sekitar PBKL pada awal pagi tadi.
Hasil pemeriksaan DBKL mendapati bahawa, terdapat segelintir warga asing yang tetap meneruskan dan menjalankan operasi di bahagian luar kawasan pasar walaupun telah diberikan amaran sebelum ini.
Tanpa banyak soal, DBKL terus mengambil tindakan dengan menyita barangan dagangan mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran.
DBKL juga mengatakan bahawa, pihak mereka akan terus laksanakan operasi dan pemeriksaan di kawasan itu secara berkala bagi mengelakkan akitiviti jual beli dilaksanakan semula oleh warga asing ini.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan juga keringat rakyat Malaysia sepanjang COVID-19 ini melanda bakal memberikan hasil yang memberangsangkan negara.
Sumber: Facebook, Harian Metro.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit