Connect with us

Infozon

Tiada Kompromi Ingkar PKP, Peniaga Tepi Jalan Diangkut Pihak Berkuasa

Sudah hari kesebelah, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa di seluruh Malaysia. Namun, menimbulkan kemarahan orang ramai apabila masih terdapat golongan yang ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, PKP ini bukanlah dibuat sesuka hati dan tujuannya adalah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini. Jika masih ramai lagi yang berdegil, sudah tentunya wabak ini akan terus merebak dan kes jangkitan akan meningkat.

Pihak MBSP ambil tindakan tegas!

Menerusi perkongsian Penang Kini, pihak berkuasa tempatan, MBSP dilihat mengambil satu tindakan yang tegas terhadap peniaga kecil di tepi jalan yang ingkar dengan arahan PKP ini.

“Mohon peniaga patuhi arahan pihak berkuasa…”

Semenangnya perit untuk peniaga kecil ini, tetapi tindakan ini sewajarnya dilakukan untuk menyelamatkan nyawa orang ramai terhadap ancaman COVID-19 ini.

Ramai yang bersetuju tindakan dilakukan

Sudah tentunya, ramai yang bersetuju tindakan seperti ini dilaksanakan. Ramai juga meninggalkan pesanan terhadap peniaga kecil supaya bersabar dan memahami situasi yang melanda negara ketika ini.

Bukan tak boleh berniaga, tapi kena faham…

Nampak kejam tapi ada hikmah

Ingatan mesra kepada rakyat Malaysia, perintah dan saranan yang buat oleh kerjaan mempunyai tujuan serta kebaikannya yang tersendiri. Jadi, diharapkan agar orang ramai duduk di rumah sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending