Connect with us

Infozon

Tiada Guru Yang Mengajar, Murid2 Menanti Penuh Sayu Di Sekolah Daif

Mendapat pendidikan yang sewajarnya ataupun serba lengkap adalah satu nikmat yang harus disyukuri oleh setiap pelajar. Hal ini kerana bukan semua kanak-kanak merasai kemudahan untuk belajar akibat beberapa faktor.

Salah satu punca mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna adalah disebabkan kemiskinan dan juga kedudukan kawasan penempatan yang jauh dari pembangunan.

Bilik darjah pun tiada kerusi meja

Hal ini dapat dilihat menerusi satu video yang dimuat naik ke Twitter keadaan kanak-kanak di satu kawasan di Indonesia yang hadir ke sekolah namun tiada guru serta kemudahan untuk belajar.

Video yang diperoleh tersebut jelas menujukkan beberapa orang kanak-kanak lengkap berpakaian sekolah namun tiada siapa yang ingin mengajarnya berikutan tiada guru di bilik darjah yang tiada langsung kerusi dan meja.

Ada sifir dan coretan didinding

Sekolah tersebut adalah di sekitar Daerah Sumba Timur, Indonesia yang keadaan geografinya bergunung-ganang serta agak jauh daripada pembangunan.

Melalui video tersebut, kanak-kanak disitu dilihat duduk dilantai sambil video yang diambil menunjukkan coretan-coretan sifir di dinding serta keadaan daif bilik darjah mereka.

Sehubungan dengan itu, dapat kita pelajari disini bahawa betapa beruntungnya kita yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk menuntut ilmu.

Hal ini berikutan melihat daripada senario video tersebut yang mana mereka gigih ingin belajar disekolah namun tiada sesiapa yang mengajar mereka.

Tergambar jelas diwajah anak-anak kecil itu keinginan untuk belajar dengan sempurna tetapi tidak dapat terlaksana hanya disebabkan hidup di kawasan yang terpencil.

Sumber : Radity

Continue Reading
Advertisement

Trending