Inspirasi
Tiada Duit Nak Beli Penutup Mulut, Ibu Jahit Sendiri ‘Mask’ Untuk Anak2

Jika difikirkan, tidak semua golongan mampu membeli barang yang amat diperlukan ketika ini, iaitu penutup mulut dan juga hand sanitizer. Disebabkan penularan wabak coronavirus, dua barangan ini sering sahaja menjadi rebutan dan pastinya laku keras di mana-mana premis yang menjualnya.
Disebabkan permintaan yang amat tinggi, sesetengah peniaga sudah mula mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan menjual barangan ini dengan harga yang melambung tinggi. Disebabkan itu, sesetengah golongan hanya mampu pasrah kerana tidak mampu untuk membeli keperluan yang disaat genting ini.
Di Facebook, terdapat kisah ringkas seorang makcik yang gigih menjahit penutup mulut dan hidung buat anak-anaknya. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup memikirkan inisiatif lain bagi memastikan kesihatan anak-anaknya tidak terjejas dengan wabak coronavirus ini.
Fakta yang agak menyedihkan untuk memberitahu kepada ibu tersebut bahawa, penutup mulut yang dijahit olehnya itu tidak dapat mengekang dan berfungsi seperti mask yang dijual di farmasi ataupun klinik.
Walau bagaimanapun, usahanya untuk melindungi kesihatan anak-anak sememangnya harus diberikan pujian. Kemiskinan tidak menghalangnya untuk terus berputus asa. Malah dia sanggup mencari cara yang lain untuk melindungi anak-anaknya.
Sumber: Facebook.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit