WTF
Tiada Duit Nak Bayar Hutang, Ibu 3 Anak Nekad Mahu Jual Buah Pinggang

Baru-baru ini, kisah seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak berasal dari Indonesia menjadi tular apabila dia dikatakan sanggup menjual buah pinggangnya dengan harga Rp500 juta (kira-kira RM143,823).
Memetik laporan Tribun News, wanita bernama Farhiyatun Naini itu nekad ingin menjual buah pinggang untuk membayar hutangnya, termasuklah hutang dipinjam daripada jiran yang berjumlah RP2 juta (RM275).
Menurut wanita berusia 37 tahun tersebut, dia telah melakukan pelbagai cara untuk mencari rezeki antaranya, menjual pisang di hadapan rumahnya.
Namun, usahanya itu gagal menjana wang mencukupi yang diperlukan untuk membayar hutang. Malah, dia juga menjelaskan tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan biarpun sudah lama dihimpit kemiskinan.
Difahamkan lagi, Farhiyatun sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Ahmad Dhani yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Saya sendiri dibelenngu hutang juga,” ujar Ahmad Dani.
Oleh kerana gaji suaminya yang hanya cukup-cukup makan menampung perbelanjaan keluarga, suaminya juga tidak mampu membayar hutang-hutangnya yang saban hari semakin bertambah.
Sumber: Tribun News, Indo Zone

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit