Infozon
Thailand Bakal Jadi Negara Pertama di Asia yang Menghalalkan Ganja pada Tahun 2019

Kanabis merupakan sejenis dadah yang sering digunakan untuk tujuan perubatan kerana dikatakan boleh melegakan banyak jenis penyakit.
Ironinya, meskipun dikatakan mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakannya negara di dunia, terutamanya di Asia.
Walau bagaimanapun, semua ini bakal berubah tidak lama lagi selepas Thailand menjadi negara pertama di dalam Asia yang akan membenarkan kanabis perubatan.
Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan, 2019 adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Pada sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia.
Penggunaan kanabis perubatan menjadi semakin popular di serata dunia dan tumbuhan itu telah digunakan untuk tujuan perubatan bergenerasi lamanya bagi merawati masalah stress, muntah dan sakit selepas bersalin.
Selain daripada itu, kanabis turut popular di kalangan pekerj-pekerja ladang untuk tujuan relaks dan ketika Perang Vietnam pada sekitar tahun 1970an, anggota tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga mereka.
Pada ketika ini, Government Pharmaceutical Organization (GPO) yang merupakan sebuah badan di bawah Kementerian Kesihatan cuba untuk meyakinkan pihak tentera supaya mengkaji dadah dan menjualnya atas tujuan perubatan.
Mereka sebelum ini pernah menkaji kebaikan kanabis untuk merawati kesakitan ketika muntah-muntah dan hilang selera makan yang dialami oleh pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi dan pesakit sawan.
Salah satu punca utama mengapa negara gajah putih itu mahu meneroka peluang dalam kanabis perubatan adalah kerana iklim tropika negara mereka yang sesuai dengan penanaman tumbuhan itu.
Menurut Dr. Nopporn Cheanklin pengarah urusan GPO, daun ganja terbaik yang pernah dikeluarkan pada 20 tahun yang lepas adalah berasal daripada Thailand namun kini telah digantikan dengan Kanada.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit