Connect with us

WTF

Tetap Berdegil, Suami Isteri Pergi Melancong Ke Seoul Korea Kerana Mengidam?

Hari ini (18 Mac 2020) sehingga 31 Mac 2020, telah bermulanya Perintah Kawalan Bergerak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada dua hari lalu disebabkan oleh peningkatan wabak coronavirus.

Namun malangnya, masih ada segelintir rakyat Malaysia pada hari ini dilihat ingkar dan tidak mengendahkan beberapa arahan yang telah dibuat oleh kerajaan dan perkara seperti ini amat membimbangkan.

Bangga terbang ke Korea, muat naik di Facebook!

Di Twitter, seorang gadis yang dikenali Amira Marlisya berkongsikan kisah, terdapat sepasang suami isteri yang dikatakan masih berdegil melancong ke Korea pada hari semalam.

Alasan suami isteri tersebut dan bertegas pergi melancong ke sana kerana terlalu teringin menjejakkan kaki ke negara K-pop itu.

Tak salah nak pergi, tapi sekarang bukan masanya!

 

“Untuk orang pendek akal dan dok kecam2…”

Berang dikecam oleh orang ramai, si suami dilihat memuat naik status yang menyatakan bahawa kematian sudah tertulis untuk setiap orang dan tidak perlu menyalahkan orang lain atas kematian yang berlaku.

“Kempunan punya pasal, pentingkan diri sendiri!”

Ni semua atas kesedaran diri sendiri

Cetus kemarahan orang ramai…

Sudah pastinya, tindakan suami isteri ini menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya saat genting seperti ini. Ramai juga mempersoalkan bagaimana pasangan tersebut boleh dilepaskan untuk pergi ke Korea walhal pada tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula.

“2 minggu kat sana, pandai2lah jaga diri…”

“Penerbangan terakhir pukul 1 pagi sebelum kena sekatan…”

Jangan minta sumbangan kalau terkandas kat sana!

 

 

Memang sengaja cari pasal ke ni?

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending