Infozon
Tesco Malaysia Tawar 600 Peluang Pekerjaan Bagi Penuhi Permintaan Pelanggan

Kita sedar semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, ramai yang terpaksa cuti tanpa gaji ada juga yang telah hilang pekerjaan.
Keadaan ini menjadi sukar kerana rakyat perlu menampung kehidupan seharian mereka walaupun mendapat bantuan namun ia masih tidak mencukupi kerana sebilangan mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Justeru, ada berita baik untuk rakyat Malaysia yang tidak bekerja! Kini, Tesco Malaysia Sdn Bhd sedang mencari 600 pekerja baru untuk lapan minggu bagi memenuhi permintaan akibat Covid-19 dan juga bulan puasa serta sambutan Hari Raya.
Ketua Perhubungan Tesco, Alvin Low mengatakan pandemik koronavirus telah menyebabkan peningkatan dalam bekalan makanan serta produk barangan rumah dan pengambilan itu dapat memenuhi permintaan pelanggan.
“Di Tesco, kami akan bekerja mengikut jam untuk memastikan pembeli dapat membeli barang yang diperlukan. Untuk memenuhi permintaan itu, kami akan mengambil 600 pekerja baru untuk bekerja di kedai kami sekurang-kurangnya lapan minggu.
“Pekerja baru akan ditempatkan di 60 buah kedai seluruh negara dan Tesco atas talian. Kami melihat peningkatan pesanan di Tesco atas talian sejak PKP dijalankan dan kami memerlukan bantuan untuk melayani pelanggan kami sebaik mungkin,” ujarnya.
Sumber: NST

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit