WTF
Terus Tampal Kapas, Petugas Kantoi Suntik Vaksin Kosong Lepas Jarum Picagari Patah

Program vaksinasi semakin luas dijalankan di serata dunia bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Namun bilangan penerima vaksin yang lebih ramai berbanding petugas barisan hadapan serta sukarelawan mungkin menjadi punca berlakunya masalah di pusat-pusat vaksin.
Kisah yang seringkali tular di media sosial melibatkan isu vaksin tidak dicucuk ke dalam badan penerima, tapi kali ini lain pula ceritanya.
Di TikTok tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang sedang menerima suntikan vaksin, tetapi jarum picagari yang dicucuk oleh petugas telah patah dan melekat di lengannya.
@bcamacho8
Akibat jarum yang patah itu, vaksin tersebut telah terkeluar dari picagari tersebut dan tidak dapat dimasukkan ke dalam tubuh wanita itu.
Petugas kesihatan tersebut bagaimanapun bertindak mengeluarkan jarum itu tanpa menggantikan kembali vaksin yang baru.
Saya cucuk sendiri lagi elok
Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam cara pengurusan vaksin yang tidak cekap itu.
Walau bagaimanapun, kejadian itu bukanlah berlaku di Malaysia, sebaliknya terjadi di luar negara.
Setakat ini video tersebut telah mendapat sebanyak 646.8 ribu likes dan telah dikongsikan sebanyak 70.5 ribu kali di aplikasi tersebut.
Sumber: TikTok @bcamacho8

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit