Connect with us

WOW

Terus Nampak Muda 20 Tahun, Ramai Kagum Lihat Proses Rawatan Rambut Lelaki Ini

Kalau korang perasan, wajah lelaki mudah kelihatan berbeza dan berubah sekiranya mereka menukar stail rambut dengan gaya yang diinginkan.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan seorang lelaki ini selepas video transformasi rawatan penggantian rambutnya menjadi tular di laman sosial Twitter.

Pengguna Twitter @MediumSizeMeech berkongsi video tersebut memaparkan lelaki itu mengalami masalah botak di bahagian tengah kepala sebelum dirawat oleh seorang pakar rambut.

Dari muka macam pengetua, terus bertukar jadi pelajar!

Selepas beberapa langkah dilakukan seperti mencukur dan meletakkan gam cecair, pakar berkenaan terus memasang ‘rambut palsu’ dengan penuh berhati-hati sebelum menunjukkan hasilnya.

Hasil rawatan itu membuatkan warganet terkejut melihat transformasi lelaki tersebut apabila penampilan yang kelihatan agak berusia sebelum ini berubah menjadi seorang pemuda kacak!

Rata-rata warganet seakan tidak percaya bahawa itu adalah individu yang sama kerana kelihatan jauh lebih muda berbanding sebelum melakukan rawatan.

Dari 40 jadi 20

Auto umur ‘menurun’

Dari rupa cikgu Sains terus bertukar…

Mana mungkin orang yang sama!

Malah, terdapat juga seorang individu yang melakukan perbandingan sebelum dan selepas rawatan setelah ramai yang sukar untuk mempercayai lelaki itu adalah orang yang sama.

Orang yang sama lah!

Sumber: Twitter @MediumSizeMeech , TikTok @zackthebarber

Continue Reading
Advertisement

Trending