Connect with us

Infozon

Teruk Dibuli Masa Jual Kuih, Budak Dapat Hadiah Motor & Biasiswa Dari Kerajaan Indonesia

Sejak dua hari lalu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dibuli dan dipukul oleh sekumpulan pemuda di daerah Pangkep, Sulawesi, Indonesia.

DIA SUDAH MELAWAN SEHORMAT-HORMATNYA(Anak Hebat Yang Mulia)Inilah Rizal, akrab dipanggil Momo. Dengan penuh semangat…

Posted by Oh My Media on Monday, May 18, 2020

Terbaru, kejadian tersebut mendapat perhatian Gabenor Sulawesi Selatan iaitu Nurdin Abdullah yang prihatin mengenai nasib budak dikenali sebagai Rizal itu sehingga ‘turun padang’ untuk bertemu dengannya.

Menurut laporan UPEKS, beliau bukan sekadar bertemu malah turut memberi sumbangan dengan menghadiahkan sebuah motosikal dan biasiswa selama tiga tahun kepada budak berusia 12 tahun itu.

“Rizal menjadi perhatian di seluruh dunia, justeru saya mengambil kesempatan untuk memberi sumbangan motosikal ini untuk menghantar kuih-muih (melakukan jualan),” katanya.

Menerusi laporan detikNews pula, Nurdin berkata budak tersebut adalah ‘tulang belakang’ keluarga dimana akan menjual kuih-muih dengan menaiki basikal di kawasan kampung pada waktu petang selepas pulang dari sekolah.

Ramai pihak tampil bagi bantuan!

“Banyak sokongan yang diterima Rizal sehingga hari ini. Semoga dia kembali bersemangat untuk sekolah, insyaallah akan menjadi orang yang berguna bagi bangsa dan negara,” ujarnya.

Terdahulu, mangsa dipukul sehingga tersungkur oleh seorang lelaki berusia 26 yang telah ditahan pihak polis termasuk tujuh rakan suspek bagi tindakan selanjutnya.

Sumber : UPEKS , detikNews , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending