Connect with us

WOW

Tertarik Nampak Rambut, Pihak Lawan Henti ‘Game’ Lindung Pemain Wanita Betulkan Tudung

Bagi seorang wanita Muslim yang menitikberatkan soal aurat, penting bagi mereka untuk mengenakan pakaian yang seiring dengan tuntutan syariah tidak kira dalam apa jua situasi.

Terbaru, tular sebuah video di Twitter memaparkan dalam satu perlawanan bola sepak wanita, tudung salah seorang pemain wanita yang beragama Islam hampir tertanggal selepas dengan tidak sengaja ditarik oleh pihak lawan.

Pemain lawan lindung wanita betulkan tudung

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sikap toleransi pihak lawan, yang sanggup menghentikan permainan seketika bagi memberi ruang pemain wanita itu untuk membetulkan tudung kerana sudah menampakan rambutnya.

https://twitter.com/Football__Tweet/status/1183682608410038272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1183682608410038272&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2019%2F10%2F14%2Fvideo-sikap-terpuji-tertarik-sampai-nampak-rambut-5-pemain-lawan-lindung-wanita-betulkan-tudung%2F

Dapat dilihat menerusi video tersebut, sejurus sedar akan tudung pemain wanita itu tertanggal, pihak lawan segera mengerumi pemain tersebut daripada orang ramai.

Toleransi dalam menghormati agama lain

Video tersebut mendapat 18 ribu retweet dan 47 ribu tanda suka, rata-ratanya memuji tindakan murni pemain daripada pihak lawan yang disifatkan sebagai satu teladan yang baik.

Terharu dan bangga melihat masih ramai menyemai rasa hormat terhadap agama lain, semoga ia menjadi contoh dan inspirasi buat kita untuk menyemai rasa toleransi walaupun berbeza kepercayaan.

Sumber : Football Tweet

Continue Reading
Advertisement

Trending