Connect with us

Inspirasi

Tersentuh Hati Lihat Makcik ‘Berjaga’, Pemuda Kongsi Rezeki Hulur Duit Raya

Tidak semua berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga di rumah. Ini kerana atas dasar tanggungjawab, mereka terutama yang bertugas dalam badan beruniform perlu bekerja demi menjaga keselamatan di sekitarnya.

Bagi seorang pemuda, tidak salah sekiranya berkongsi rezeki antara satu sama lain apatah lagi setelah melihat seorang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) duduk mengawal sebuah bangunan pada hari raya pertama lalu.

Menerusi laman Instagram, pemuda yang dikenali sebagai Chong Ed itu sempat menghulurkan duit raya kepada makcik berkenaan selepas singgah di sebuah bank bagi mengeluarkan sejumlah wang.

Raya pertama pun makcik kerja!

https://www.instagram.com/p/CAmzTF2Hvj2/

“Pagi semalam singgah Maybank cucuk duit raya sikit. Selepas selesai OOTD raya kat Dataran Merdeka. Bila masuk kereta, terpandang makcik RELA.
“Hari raya pun makcik bekerja. Terdetik nak bagi duit raya kat makcik. mungkin itu memang dah tertulis rezeki makcik.
“Kita setiap hari raya dengan keluarga. Orang lain kadang2 berjauhan dengan keluarga di setiap hari raya. Bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada.
“Dimurahkan rezeki itu pun satu ujian. Kita leka atau berbagi. Nikmat yang Allah bagi itu boleh ditarik dalam sekelip mata. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” katanya.

Posting tersebut menerima lebih 25,000 tanda suka dan dihujani komen positif pengikutnya yang rata-rata memuji tindakan murni itu selain mendoakan agar Chong sentiasa dimurahkan rezeki.

Tak salah pun memberi walaupun hanya sedikit. Dalam tak sedar, Allah akan berikan rezeki yang berlipat ganda dalam pelbagai bentuk seperti nikmat kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan sebagainya.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending