Connect with us

Detik

Terselamat Dari Runtuhan Bangunan, Bapa Menangis Syukur Bayi Lelaki Masih Hidup

Biarpun isteri serta 4 anak lelakinya telah terkorban akibat seranan udara rejim Zionis, seorang bapa tetap meluahkan syukur apabila mengetahui bayi lelakinya terselamat daripada menjadi mangsa kekejaman Israel.

Memetik laporan Al Jazeera, bayi bernama Omar berusia 5 bulan tersebut didapati selamat selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan 3 tingkat di kem pelarian Shati yang runtuh akibat serangan pada hari raya.

Menangis bersyukur pegang anak

Bapa bernama Mohammed al-Hadidi berkata bahawa dia gembira sebaik menerima perkhabaran bayinya terselamat dan kini ditempatkan di Hospital al-Shifa di mana dia sedang dirawat akibat kecederaan yang dialami.

“Saya bersyukur anak saya Omar masih hidup,” kata bapa itu.

Satu-satunya ahli keluarga yang terselamat

Tambahnya lagi, isteri dan empat anaknya, Suheib, 14, Yahya, 11, Abdelrahman, 8, dan Wisam, 6, terkorban ketika mereka berkunjung ke rumah saudara isteri untuk meraikan lebaran di mana kem pelarian menjadi sasaran serangan udara tentera Zionis.

Sejak minggu lalu, Palestin menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.

Konflik terburuk sejak tahun 2000 itu menyaksikan tentera pejuang Palestin melancarkan lebih daripada 2,000 serangan roket ke arah Israel sejak Isnin, yang telah membunuh sembilan orang.

Tunjuk perasaan meletus di seluruh wilayah sehingga memaksa penduduk Palestin membaling batu ke arah rejim Zionis yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Sumber: Sinar Harian, Al Jazeera

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending