Inspirasi
Tersandar Di Ambulans, Cuci Makmal Seawal 5 Pagi Antara Bakti ‘Frontliner’ Demi Negara

Menjadi frontliner untuk Covid-19 ini bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan sahaja berdepan dengan risiko dijangkiti wabak maut itu, tetapi turut mengalami keletihan yang lebih daripada biasa ekoran daripada pertambahan kes positif Covid-19.
Selain daripada petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat, mereka yang bekerja sebagai pekerja kebersihan serta pemandu ambulans turut tidak terkecuali daripada berhadapan dengan wabak ini.
Start kerja seawal 5 pagi
Salah satunya adalah berkenaan dengan kisah seorang cleanner yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook. Gambar pekerja kebersihan tersebut tular apabila dimaklumkan akan mandi 7 kali setiap kali membersihkan makmal perubatan itu.
Sumber turut memaklumkan bahawa cleanner itu juga akan memulakan tugas pada pukul 5 pagi demi meastikan persekitaran wad bersih dari sebarang kekotoran.
Bukti mereka penat
Selain daripada gambar cleanner itu, gambar seorang frontliner yang tersandar di sebuah ambulans juga sangat menyentuh hati.
Gambar yang berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari yang sudah jelas menggambarkan betapa letihnya mereka bekerja bagi memastikan semua pesakit positif Covid-19 mendapat rawatan sewajarnya.
Oleh itu, menerusi dua gambar yang tular tersebut, dapat kita fahami mereka begitu dedikasi melawan Covid-19 ini sehingga sanggup bertugas lebih masa untuk negara.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, seharusnya kita terus kekal dirumah bagi membantu frontliner ini memutuskan rantian Covid-19 dari terus menular kerana setiap hari ada sahaja kematian yang direkodkan berpunca daripada wabak itu.
Sumber : Nor LeeyaIbrahim, Twitter

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit