Connect with us

WTF

Terpinga2 Pemain Indonesia, Lagu ‘Negaraku’ Pula Dimainkan Ketika Lawan UAE

Sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan perlawanan bola sepak antara dua negara, lagu kebangsaan masing-masing akan dimainkan dengan penuh tanda hormat dan semangat.

Namun, kesalahan teknikal dilaporkan berlaku ketika sesi permulaan antara pasukan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung pada malam semalam.

Menurut laporan Suara.com, ketika pasukan Indonesia sudah semangat mahu menyanyikan lagu kebangsaan mereka yang berjudul Indonesia Raya, tiba-tiba berkumandang lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku di Stadium Zabeel itu.

Situasi tersebut menyebabkan para pemain Indonesia terpinga-pinga dan segera ‘membetulkan’ keadaan dengan mengangkat tangan selain jeritan orang sekeliling kepada pihak teknikal sebelum diganti dengan lagu Indonesia Raya.

Rakaman detik berkenaan dikongsi menerusi laman Instagram @lambeturah_bola sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada segelintir individu mendakwa kejadian itu seolah-olah sengaja dilakukan untuk ‘mengacau’ mental pasukan Indonesia.

Saja la tu menguji mental!

Seperti rakyat Malaysia, warganet negara seberang turut kecewa apabila perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Indonesia iaitu Tim nasional sepak bola Indonesia (Timnas) tewas 0-5 kepada UAE.

Sumber: Suara.com , Instagram @lambeturah_bola

Continue Reading
Advertisement

Trending