Connect with us

WTF

Terlewat Keluar Dari Permukaan, Teman Lelaki Lemas Sewaktu Melawar Kekasih Dalam Air

Bagi pasangan kekasih, mereka pastinya sangat teruja untuk menuju ke alam perkahwinan. Para wanita sudah tentunya berdebar-debar menunggu lamaran dari cinta hati untuk membina kehidupan bersama.

Kegembiraan seorang wanita sekelip mata bertukar menjadi hiba, apabila teman lelakinya mati akibat lemas sewaktu sedang melamarnya! Kejadian yang tidak disangka itu terjadi sewaktu mereka berdua sedang bercuti bersama-sama di Tanania, Afrika Timur.

Bilik dikelilingi air lautan…

Kenesha Antonie berkongsikan kisahnya tragisnya menerusi laman Facebook peribadinya. Dia telah mendedikasikan posting buat teman lelakinya, Waber yang sudah tiada buat selamanya.

Beberapa keping gambar dan video mereka berdua telah dimuat naik bersama untuk dijadikan sebagai kenangan terakhir.

There are no words adequate enough to honor the beautiful soul that is Steven Weber, Jr. You were a bright light to…

Posted by Kenesha Antoine on Friday, September 20, 2019

Tak sangka kegembiraan bertukar tragis…

Waber dikhabarkan menyelam dalam air lautan yang berada berdekatan dengan tingkap di biliknya. Dalam video berkenaan, Waber dilihat menyelam dengan menggunkan snorkeling mask dan finsĀ dikakinya.

Nota sebagai kata-kata terakhir!

Sewaktu menyelam, Waber telah mengeluarkan sebuah nota yang tertulis ucapan buat teman wanitanya. Dalam nota berkenaan, Waber telah meluahkan isi hatinya dan melamar Kenesha untuk menjadi teman hidupnya.

Tak sempat naik ke permukaan…

Setelah menunjukan nota tersebut kepada kekasihnya itu, Waber kemudiannya mengeluarkan seutas cincin sebagai tanda lamarannya. Kemudiannya, Waber dilihat berenang naik ke permukaan, namun dia dikatakan agak sedikit terlewat untuk keluar dari air.

Posting yang ditulis oleh Kenesha Antonie dihujani dengan ucapan takziah buatnya. Ramai yang turut bersimpati dengan insiden yang menimpa dirinya.

Sumber: The Star, Kenesha Antoine.

Continue Reading
Advertisement

Trending