Connect with us

Cute

Terlampau Sayang, Anjing Ini Enggan Berpisah Dengan Tuannya Yang Positif COVID19

Anjing adalah antara haiwan yang bijak kerana keupayaannya menunjukkan emosi dan sikapnya yang dikatakan setia kepada tuannya. Lebih-lebih lagi jika anjing itu dijaga dengan penuh kasih sayang dan dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Kesetiaan seekor anjing dapat dilihat dalam sebuah video yang tular baru-baru ini. Dalam video yang dikongsikan itu, seekor anjing dilihat mengiringi tuannya yang diusung ke dalam ambulan.

@bulanbintang1788Allah hu…haiwan ni kasih dorang tulus..##acufyp ##kesayanganku ##covid19 krdt narin.moga tuan dia selamat dari covid dn blh berjumpa semula.

♬ original sound – ❤️ #769 ❤️

Gelagatnya yang mengekori pergerakan pengusung itu seolah-olah seperti tidak mahu melepaskan pemergian tuannya telah meruntunkan hati netizen.

Advertisement

Anjing itu juga dilihat cuba memanjat pengusung tersebut namun dihalang oleh petugas kesihatan.

Pada akhir video tersebut, anjing itu dilihat hanya mampu duduk dan tidak lepas memandang ke arah ambulan yang bergerak pergi membawa bersama tuannya.

Silap-silap kejar sampai hospital

Mesti tertunggu tuannya balik

Terdapat juga beberapa orang netizen yang meluahkan rasa sedih dan hiba dengan tindakan anjing dalam video itu yang seakan-akan berat hati mahu melepaskan tuannya pergi.

 

Sumber: Tiktok @bulanbintang1788

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending