Infozon
Terlampau Rindu Pelukan Ayah, Anak Sanggup Berbungkus Plastik Satu Badan

Antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh para barisan hadapan setiap negara adalah berkorban masa dan juga terpaksa berpisah dengan keluarga buat sementara waktu.
Disebabkan itu, kebanyakan para petugas kesihatan dan badan unit beruniform yang terdedah serta berhadapan dengan kelompok COVID-19 ini tidak disarankan untuk terus berjumpa dengan ahli keluarga selepas habis tugasan harian mereka.
Penjagaan kebersihan diri perlu dilakukan dengan rapi dan juga berkuarantin diri perlu dilakukan sebelum bebas berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing untuk mengelakan sebarang kemungkinan berlaku.
Di Facebook, sebuah video menyayat hati yang memaparkan anak kecil berbalut plastik terharu dan gembira dapat memeluk bapanya setelah sekian lama. Bapanya yang bertugas sebagai polis sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, dilihat seperti sudah lama tidak melihat dan menyentuh anaknya secara dekat.
Walaupun badan berbalut plastik, kanak-kanak kecil tersebut dilihat sangat puas melepaskan rindu berada didalam dakap bapanya.
Situasi seperti ini sememangnya terpaksa dihadapi oleh kebanyakan para petugas kesihatan dan juga anggota badan beruniform di setiap negara. Lebih memeritkan, mereka ini terpaksa menanggung rindu terhadap ahli keluarga demi keselamatan masyarakat setempat.
Sumber: Facebook.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit