Connect with us

WOW

Terlalu Sibuk Bekerja, Wanita Lupa Ada Beli Rumah Mewah Bernilai Ratusan Ribu

Tidak dinafikan, jika seseorang itu workholic pastinya akan lebih fokus terhadap karier berbanding hal peribadi dalam kehidupan. Justeru akibat terlalu sibuk, beberapa perkara penting tidak sempat diambil tahu sebelum lupa mengenai semua itu.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita Indonesia bernama Cindy ini apabila terlupa mengenai rumah mewah yang dibeli sejak tiga tahun lalu.

Lupa ada rumah

@misscindy88

Karena banyaknya kerjaan sampek lupa punya rumah

♬ Dominique Koplo – yofve squidward

Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan wanita tersebut lupa mengenai rumah yang dimiliki sebelum pihak pengurusan kediaman menghubungi untuk proses penyerahan kunci rumah.

Advertisement

Malah sepanjang tempoh tiga tahun rumah tersebut dibeli, Cindy tidak pernah berkunjung dan itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah mewahnya itu.

Wanita berusia 33 tahun berkenaan juga menyatakan rumah yang dibeli di daerah Surabaya itu berharga 1.5 bilion rupiah. Sehingga kini video  berdurasi 20 saat itu menerima sebanyak 595,000 tontonan selain pelbagai reaksi warganet.

Wah rumah ratusan ribu pun boleh lupa ya. Kita hilang RM10 pun dah kelam kabut cari mana duit menghilang. Memang jarang-jarang berlaku!

Sumber: Tiktok MissCindy

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending