Connect with us

Cute

Terlalu Rindukan Tuannya, ‘Oyen’ Jatuh Sakit

Apabila orang yang tersayang pergi meninggalkan kita, bukan manusia sahaja yang merasakan kesedihan dan keperitan tersebut bahkan haiwan juga turut mengalaminya.

Tidak terkecuali dengan seekor kucing yang berwarna oren jatuh sakit dan tidak bermaya setelah tuannya meninggal.

Rambo mula sakit semasa kematian tuannya

Menurut Fadhil Raihan, haiwan tersebut yang bernama Rambo dikatakan mula jatuh sakit pada hari kematian ayahnya.

Badannya menjadi panas dan kehilangan selera makan secara tetiba seolah-olah mengetahui bahawa tuannya sudah tiada.

Pada malam bacaan tahlil, Rambo mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran tersebut dan seakan-akan memahami maksudnya.

Sebaik sahaja majlis tersebut tamat, kesihatan Rambo mula terjejas sehingga menyebabkan nyahdehidrasi.

Beberapa hari kemudian, Fadhil ada cuba membawanya ke klinik verterinar dan ternyata Rambo mengalami tekanan dari segi emosi.

Setelah melihat keadaan Rambo yang semakin teruk, Fadhil membawa haiwan tersebut ke kubur ayahnya.

Rambo melihat batu nisan kubur tersebut sambil berdiam diri dan melihat keadaan sekeliling sementara mereka membacakan doa bersama ahli keluarganya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, terbukti Rambo mula mahu menerima makanan dan minuman serta tubuh badannya sihat.

Jelaslah bahawa Rambo amat merindui tuannya sehingga jatuh sakit dan tidak berselera. Syukur Fadhil membawanya ke kubur tersebut.

Sumber: Fadhil Raihan

Continue Reading
Advertisement

Trending