Inspirasi
Terlalu Minat Filem The Nun, Budak 3 Tahun Pilih Karakter Valak Sebagai Tema Sambutan Hari Lahir

Jika kanak-kanak lain seronok untuk memilih karakter yang trending dan popular sebagai tema majlis sambutan hari jadi, namun tidak bagi seorang budak perempuan berusia 3 tahun yang dikenali sebagai Lucia.
Tema majlis hari lahirnya telah menarik perhatian pengguna laman sosial, apabila dia telah memilih karakter watak Valak dalam filem The Nun. Menurutnya, bermula dengan hanya menonton filem itu di rumah neneknya, Lucia telah tertarik dan memutuskan untuk memilih karakter Valak sebagai tema sambutan majlis hari jadi.
Pada majlis berkenaan, Lucia sendiri telah didandan memakai pakaian seperti birawati yang berwarna hitam putih, serta wajah telah disolek seiras watak Valak. Ini membuatkan budak perempuan itu kelihatan menyeramkan, tetapi pada masa yang sama dilihat amat kelakar.
Kawan2 pun ikut sempoi tema majlis…
Sepupu kepada Lucia iaitu Andrea, telah berkongsi gambar semasa sekitar majlis hari lahir Lucia di laman Twitternya. Tema bagi sambutan hari lahir tersebut telah mendapat perkongsian dan menarikĀ perhatian ramai.
Rakan baik Lucia turut menyertai majlis tersebut dengan mengenakan solekan seperti Valak!
Ibu bapa yang supportive.
Pada mulanya, ibu bapanya berasakan tema tersebut sangat pelik dan menakutkan, tetapiĀ mereka terpaksa mengikut permintaan anaknya itu. Malah, ibu bapanya turut menyokong Lucia dengan membuat pinata dan kek yang bertemakan karakter Valak.
Setelah tular di media sosia, Ethan yang memegang watak Valak dalam filem The Nun, telah memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Lucia dan telah menghantar hadiah kepadanya.
Sumber: Elite Readers

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit