Connect with us

Infozon

Terkorban Dalam Tragedi Australia, Anak Bomba Masih Berputing Ambil pingat Bapa

Kebakaran besar yang berlaku di Selatan Australia bukan sahaja memusnahkan hutan dan ekosistem di dalamnya, bahkan ia turut meragut ramai nyawa ekoran daripada api marak yang seakan tiada berpenghujung.

Anggota bomba serta para sukarelawan dilihat bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran tersebut sehingga ada yang kekurangan rehat serta kehilangan nyawa.

Meninggal dunia kerana tugas

Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook NSW Rural Fire Service iaitu anggota bomba Australia, seorang kanak-kanak telah menerima pingat penghargaan daripada kerajaan Australia mewakili bapanya yang telah meninggal dunia semasa bertugas memadamkan kebakaran pada Disember 2019.

Anak ambil pingat bukti pengorbanan bapa

Anak kecilnya itu telah dipakaikan pingat penghargaan atas keberanian bapanya dalam mempertaruhkannya demi memadam kebakaran yang melanda.

 

Diberi penghormatan terakhir sebagai anggota bomba

Geoffrey Keaton merupakan salah seorang daripada dua anggota bomba yang meninggal dunia kerana mengerah kudrat memadamkan kebakaran teruk melanda Australia.

Mayat mendiang juga telah diberikan penghormatan terakhir oleh anggota bomba yang lain dan diiringi menggunakan kenderaan bomba menuju ke tapak pengebumian.

 

Setakat ini, kebakaran yang terjadi di Australia telah memusnahkan lebih daripada 500 juta hektar kawasan di selatan negara tersebut. Kebakaran tersebut juga dijangka semakin buruk ekoran daripada cuaca panas serta berangin yang membuatkan api semakin marak.

Sumber : NSW Rural Fire ServiceĀ 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending