Infozon
Terkesan ‘Lockdown’, Lelaki Terpaksa Iklan Jual Buah Pinggang & Darah Sendiri

Ketika ini, beberapa negara di Asia Tenggara dilihat berada dalam keadaan yang ‘menakutkan’ apabila pandemik Covid-19 kembali menggila.
Lantaran itu, beberapa negara seperti Malaysia dan Indonesia kembali melakukan ‘lockdown’ di kawasan-kawasan tertentu bagi mengelakan penularan jangkitan terus berlaku.
Usaha untuk teruskan hidup
Namun, disebalik kekangan tersebut, semestinya rakyat dari golongan biasa semakin menderita apabila perlu berkurung dirumah dan tidak dapat keluar bekerja sehingga kehabisan tabungan untuk meneruskan hidup.
Pelbagai inisiatif dilakukan sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri demi keluarga. Hal ini dikongsikan oleh satu laman Twitter menggunakan nama @panji_pnjk apabila berkongsi gambar sepanduk seorang lelaki yang mengiklankan buah pinggang dan darahnya untuk dijual.
Perempatan XT Square. Masih ada yang bilang kondisi terkendali? pic.twitter.com/9lfJGQ6BbE
— panjek (@panjipnjk) July 24, 2021
Mengakui terkesan dengan lockdown
Lelaki yang menggunakan nama Pak Yitno itu berharap agar sesiapa yang memerlukan boleh menghubunginya. Jadi, salah satu warganet telah menghubunginya untuk mengetahui hal sebenar.
Kata bapaknya: https://t.co/w13FyP9OW6 pic.twitter.com/F7EGSu3M4x
— keke asolole hokya (@val_harwanto) July 25, 2021
Dibantu pihak berkuasa tempatan
Pengakuan dari Pak Yitno itu begitu menyebakkan dan telah tular sehingga sampai ke pengetahuan Ketua Polis Kulon Prog, Kota Jogja, Asisten Komisioner Tartono yang mengesahkan perkara itu.
Jadi, pihak berkuasa tempatan telah hadir bertemu sendiri Pak Yitno bagi memberikan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung sepanjang ‘total lockdown’ di Jogjakarta.
Kapolres Kulonprogo pada Senin (26/7/2021) memberikan bantuan sosial kepada Yitno warga Dlaban, Sentolo yang beberapa waktu lalu mengiklankan dirinya ‘Siap donorkan darah & ginjal bg yg membutuhkan. Hubungi Pak Yitno telp/sms di 087728981***’, dan viral di media sosial. pic.twitter.com/qN06XxVe4g
— Polres Kulonprogo (@ResKulonprogo) July 26, 2021
Menurut daripada laporan Suara.com, Tartono memaklumkan bahawa pihaknya sudah menjejaki Yitno dan menyumbangkan sedikit bantuan bagi meringankan beban lelaki itu serta keluarganya.
“Yitno adalah bekas banduan yang sukar mendapat pekerjaan maka disebabkan itu, dia terdesak mahu menjual organ badan.
“Pihak kami telah memberi sedikit sumbangan meskipun dia bekas penjenayah. Apa yang penting, dasar keperimanusiaan antara kita semasa pandemik ini,” ujar Tartono.
Sumber: Suara. Com, Twitter @ResKulonprogo, @panjipanjk, @val_harwanto

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit