Connect with us

Infozon

Terkandas Tiada Wang, Pelancong Asing Rayu Minta Dihulur Makanan

Wabak pandemik ini bukan sahaja telah menjejaskan penduduk di Malaysia, malah virus ini telah menular di serata dunia. Langkah berkurung dan berkuarantin juga telah dilaksanakan demi memastikan rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan secepat mungkin.

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sudah bermula berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020. Segala aktiviti masyarakat di seluruh negara seakan-akan digantung buat sementara waktu. Orang ramai mula berkuarantin dan dilarang untuk keluar rumah sesuka hati.

Pelancong asing terkandas kelaparan

Di Facebook, seorang pengguna laman itu berkongsikan kisah yang terjadi di area berdekatan dengan MacDonald’s Temerloh. Seorang pelancong asing dilihat sedang duduk menyandar di bangunan makanan segera itu sambil memeng papan kecil ditangan.

Papan kecil tersebut tertulis dan menyatakan bahawa dia tidak boleh pulang ke rumah dan kehabisan wang ringgit. Dia juga berharap orang tempatan dapat membantunya dengan menghulurkan sedikit makanan buat dirinya.

Tolong bagi makan & hantar kat kedutaan

Sudah tentunya, perkara seperti ini sememangnya bakal berlaku. Malah, orang awam juga berpendapat bahawa dia mungkin tidak dapat balik ke negara kerana arahan PKP dan kehabisan wang sepanjang menetap di sini.

Harap pihak polis dapat bantu

Ramai juga pelancong terkandas

Kalau nampak orang macam ni bantulah…

Sumber:Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending