Connect with us

WOW

Terima Mesej Lucah, Wanita Mengamuk Pukul Bos ‘Miang’ Guna Batang Mop!

Kejadian gangguan seksual semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. Biasanya, kaum wanita menjadi mangsa utama perlakuan tidak bermoral tersebut.

Baru-baru ini, tular di serata laman sosial kisah seorang wanita di negara China yang memukul majikannya dengan batang mop.

Memetik laporan Daily Mail, wanita yang dikenali sebagai Zhou itu dirakam sedang memukul bosnya dengan menggunakan sebatang mop lantai berulang kali.

Pukul bos ‘gatal’ guna mop lantai

Difahamkan lagi, tindakannya itu berpunca apabila lelaki itu dikatakan telah menghantar pesanan ringkas berbaur lucah kepada dirinya serta beberapa pekerja wanita lain.

Selain memukul wajah bosnya, wanita itu turut dilihat membaling buku ke arah lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Wang itu hanya duduk di kerusi sewaktu di pukul oleh Zhou. Tak lama kemudian, Zhou berhenti seketika dan menjerit sebelum memukul bosnya semula.

Bos minta maaf, ‘hanya bergurau’

Menerusi video itu, Wang dilihat meminta maaf dan memberitahu bahawa mesej yang dihantar hanyalah sebagai bahan jenaka. Namun, wanita itu masih berang dan tetap menganggap ia sebagai gangguan seksual dan merupakan perbuatan biadap.

Di penghujung rakaman itu, Zhou turut membaling bekas air ke muka Wang dan menolak monitor komputer majikannya.

Menurut Zhou, dia menerima ‘teks pesanan ringkas yang tidak sepatutnya’ sebanyak tiga kali daripada Wang dan melaporkan kejadian itu kepada polis, lapor Daily Mail.

Kajian dalaman yang dijalankan mendapati Wang mempunyai masalah disiplin hidup dan dipecat daripada jawatannya dan disingkirkan daripada Party Komunis, lapor Xinhua News Agency.

Tonton video penuh:

Sumber: Daily Maik UK (Nick Enoch)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending