Connect with us

WOW

Terdesak Tiada Air Di Tandas, Lelaki Guna Applikasi Setel Minta Tolong

Selalunya, dalam keadaan terdesak, manusia kebiasaannya akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki setelah dia terpaksa meminta bantuan secara ‘online’ menggunakan aplikasi Setel Petronas bagi tujuan membeli air untuk kegunaannya di tandas.

Lelaki malang tersebut terpaksa berbuat demikian setelah menyedari tandas yang digunakannya itu mengalami masalah air setelah selesai membuang hajat di salah sebuah stesen minyak Petronas .

 

Cepat sikit ya, kaki dah lenguh

Dalam paparan screenshot yang dikongsi, lelaki itu tergerak untuk menghubungi khidmat pelanggan menerusi aplikasi Setel. Nasibnya baik kerana permintaannya dilayan dengan serta merta oleh petugas di talian.

Jangan tanya kenapa bawa telefon ke tandas

Ada netizen yang menekankan kepentingan membawa telefon ke tandas bagi mengelakkan situasi-situasi yang tidak diingini berlaku.

Tiada masa nak ‘test’ air kalau dah hujung-hujung

Terdapat juga netizen yang menyarankan orang ramai untuk membuka pili air sebelum menggunakan tandas.

Melekit-lekit pergi beli air

Selain itu, terdapat juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang serupa.

Advertisement

Sumber: Twitter @IniAlannn

Continue Reading
Advertisement

Trending