Inspirasi
Foto ‘Frontliner’ Terdampar Kepenatan Bermandi Peluh, Undang Sebak Netizen

Sejak semalam, terdapat beberapa kawasan zon merah Covid-19 sudah mula menjalani proses sanitasi nyah cemar dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Rumah Mansion Selangor dan Flat Malayan Mansion di Jalan Masjid India di sini adalah dua lokasi terkini yang akan diperketatkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kawalan diperketatkan sekitar Selangor
Ia berikutan terdapat 15 orang dari kawasan itu didiagnosis dengan Covid-19, maka gerakan PKP di kawasan tersebut telah dipertingkatkan.
Pihak berkuasa telah memasang dawai di sekitar kawasan bagi mengelakan orang ramai melalui kawasan yang tercemar. Sementara petugas kesihatan membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.
Terdampar kepenatan bermandi peluh
Dapat kita perhatikan menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurufoto Iskandar Aiysah, memaparkan situasi di sekitar Jalan Masjid India ketika proses ‘lockdown’.
Berdasarkan gambar-gambar itu, dilihat para petugas ada terdampar keletihan dengan bermandi peluh kerana terpaksa bekerja dengan memakai sut PPE sebagai langkah keselamatan.
Ya Allah kesiannya tengok
Melihat wajah-wajah lesu dan penat para petugas, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan serta terharu melihat pengorbanan petugas barisan hadapan berbakti untuk negara.
Semoga Allah lindungi mereka
Terima kasih diucapkan para barisan hadapan kita, tanpa mereka kita mungkin tidak akan mampu melawan virus Covid-19 ini. Semoga mereka semua tetap kuat dan tabah meneruskan perjuangan.
Sumber : Iskandar Aiysah

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit