Inspirasi
Terbaring Sakit Akibat Strok, Pensyarah Usaha Mengajar ‘Online’ Buat Pelajar Terharu

Terlantar sakit bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa, sebaliknya seorang pensyarah di salah sebuah kampus di Bandung, Indonesia ini tetap berusaha sedaya upaya melakukan sesi pembelajaran dalam talian untuk para pelajar.
Memetik laporan Tribun News, seorang pelajar @balqueen.id atau Balqis memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan keadaan seorang pensyarah Aceng Muhtaram yang terbaring sambil mengajar selepas tidak dapat hadir ke kelas akibat diserang strok.
Menurut Balqis, dia bersyukur masih dapat menatap wajah pensyarah tersebut walaupun secara ‘online’ dimana sedikit sebanyak membantu proses pembelajaran dalam subjek Administrasi Pendidikan.
https://www.tiktok.com/@balqueen.id/video/6955321729430359297?sender_device=pc&sender_web_id=6946026272452806146&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
“Biasanya tiap minggu bapak (pensyarah) masuk kelas, tapi kami baru tahu mengenai khabarnya yang diserang penyakit strok. Alhamdulillah, masih boleh belajar online walaupun tak habis sampai penghujung,” tulisnya pada Isnin.
Menerusi rakaman skrin komputer riba pelajar itu, dapat dilihat pensyarah berkenaan menggunakan skrin hijau sebagai latarbelakang supaya tidak memperlihatkan bantal atau katil yang dibaring di atasnya.
“Biasanya bapak cekap pasang earphone tetapi kali ini perlu dibantu orang sekelilingnya,” katanya.
Sehingga kini, video tersebut meraih hampir 385,000 tontonan dan ribuan komen warganet yang terharu melihat kesungguhan pensyarah itu dalam mendidik anak bangsa selain mendoakan agar beliau cepat sembuh.
Cepat sihat pak!
Buka la kamera, tolong hargai usaha beliau
Bapaknya semangat, pelajar sihat tapi malas
Itulah pengorbanan sejati para pendidik. Walaupun dalam keadaan sakit, tetap ada masa memikirkan tanggungjawab terhadap anak bangsa. Rasa tak senang duduk kalau tak mengajar!
Sumber: Tribun News , TikTok @balqueen.id

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit