Connect with us

Inspirasi

‘Terbang’ Balik Kampung Semata2 Nak Ambil Gambar Konvo Dengan Datuk

Hari graduasi merupakan hari terpenting bagi seseorang yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi. Sudah tentu kenangan memakai jubah konvokesyen perlu diabadikan dalam gambar bersama orang-orang tersayang.

Nak ambil gambar dengan datuk

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pelajar dari Singapura dan menuntut di Australia, dia sanggup pulang ke Tanah Airnya semata-mata ingin mengambil gambar bersama datuk tercinta.

Datuk jaga masa kecil

Menurut sumber juga, datuk kepada gadis itu sudah uzur dan disahkan menghidap strok pada tahun 2018. Dia yang dijaga oleh warga emas itu sejak kecil begitu menyayangi datuknya kerana menjaga gadis tersebut semasa ibu dan bapanya keluar bekerja.

Jelas terpancar kasih-sayang

Disebabkan datuknya tidak boleh berjalan jauh, gadis tersebut hanya mengambil gambar di kawasan perumahan datuknya sahaja. Walau bagaimanapun, hasil gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan betapa datuk  gadis tersebut benar-benar menyayanginya.

Sangat memberi inspirasi

Walau pun kisah tersebut telah berlalu hampir tujuh bulan yang lepas, namun kisah ini tersebut benar-benar memberi inspirasi kepada setiap pembaca kerana menunjukkan kasih-sayang yangtidak berbelah-bahagi kepada ahli keluarga.

Who says graduation pics must be taken at the studio? It is the people that matter. Whatever we achieve today we owe it…

Posted by Little Panny Photo on Wednesday, February 27, 2019

Sumber : Little Panny Photo

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending